Thursday, April 5, 2018

Balik kampung

Setiap kali cuti sekolah bulan March, kami sekeluarga pasti pulang ke kampung di Terengganu. Zarin, Sofea bila sebut balik Terengganu memang melompat la suka sebab buleh mandi pantai, main pasir dan main bola dengan kawan-kawan. Ramai kawan sebab sepupu sepapat ramai, ditambah dengan budak-budak suka datang main kat rumah kalau kami balik. Balik kampung memang dia main sesungguh. Kalau Zarin siap berkilat la muka, hitam merelit kena panas. Bangun pagi dah ajak mandi laut. Petang pukul 5 dah ajak mandi laut lagi. 



Rumah mak sememangnya bebetul tepi pantai. Kalau siang memang panas seolah-olah  tengah dibakar dalam oven. Tapi kalau malam sejuk yang amat. Balik kali ini kami ambil cuti panjang sikit, seminggu. Sebelum ni dalam 4 hari je. So memang rileks sesungguh. Memang tujuan balik kampung nak rehat ja. Tamau buat apa. hahahahahaha.


Kebetulan time kami balik tu musim udang, ikan cencaru dan tenggiri. Sofea suka balik terengganu sebab nak makan nasi macam kita biasa kita makan kat kampung. (Nasi lauk ikan bakar). Bab makan dia tak cerewet sangat. Tapi budak budak ni biasalah lebih pada main je. Nak ajak makan pun payah. Bila dah letih dan baru terasa lapar mula la buat perangai. phewwwwwwww. 


Memandangkan ikan jenis lain tak ada sangat,  memang setiap ari la kita makan cencaru bakar. Bakar pulak menggunakan sabut dan tempurung. uisssh sedap sangat. Cicak pulak asir asam atau sambal kicap, ada pulak ulam timun atau budu lawan pucuk gajus. Confem bertambah nasi. So memang tak hairanlah kalau setiap kali balik kampung berat buleh naik 2-3 kg.  


Ikan cencaru ni kulit dia keras kan, memang kena bakar bagi hangus sikit. Tapi jangan risau isi dalam dia juicy walaupun hangus. Balik kampung memang makan nasi lauk selera ala kampung la. Makan pulak ramai-ramai dengan saudara mara.



Walaupun dah cuti seminggu balik kampung, tetap rasa tak puas. Rasa tenang je duduk di kampung. Tu dak Zarin dah cakap, "Mama raya tahun ni kita raya di Terengganu boleh? lepas tu baru balik Kedah? ehehehehehehehe.. Kalau ikut giliran tahun ni Kedah. Tapi kita tengokla macam mana.

3 comments:

  1. bestnya rumah tepi pantai. seronoklah anak2 kan dapat balik kampung

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...